Wednesday, May 4, 2011

tinggal dalam kenangan

Al-Fatihah buat rakan sekelas ;
Mohamad Asyraf bin Azmi yang telah kembali ke rahmatullah pada 30 April lalu.
Takziah juga diucapkan buat keluarga arwah, serta kekasih hatinya Ida Adila Ahmad.
Hope semua tabah menghadapi ujian daripadanya.
Buat Caex [ Muhammad Syahir Sobri ] , hope ang cepat sembuh k!
kami member-member kat sini sentiasa doakan ang!

arwah & Ida

Caex & arwah

tak dapat aku bayangkan perasaan keluarga arwah, kawan-kawan rapat arwah, lebih-lebih lagi kekasih arwah. susah nak terima kenyataan yang arwah dah pergi tinggalkan kita untuk selama-lamanya. arwah dulu memang baik orangnya, suka bergurau, ceria jek selalu. itu yang paling buatkan kami semua rindu kat dia. teringat masa mula-mula kenal dengan arwah, dia lah musuh aku kat dalam kelas. bila jumpa jek, takde sebab pun nak perang! haha. tapi lame-lame, kitorang jadi kawan. even tak serapat mana pun tapi tetap kawan kan!

teringat masa birthday aku, dia sarungkan aku dengan plastik profile projector yang sama besar dengan aku tu sambil ucap 'happy birthday erin'.


teringat pulak beberapa minggu sebelum kejadian, kami satu kelas ramai-ramai pergi mandi kat Sungai Sedim, minggu lepas tu pergi Junjung, urm, arwah yang aku kenal ni memang kuat bergurau orangnya. still terngiang-ngiang lagi gurauan arwah masa tu. pagi tadi balik dari JB, aku jumpa Ida kat cafe tapi tiba-tiba air mata dia mengalir. aku sedih sangat, rasa bersalah jugak kat dia, sebab bila ternampak aku, dia kata dia teringat kat arwah. lebih kurang dua minggu sebelum kejadian, aku lah yang jadi delivery gurl. tolong hantarkan makanan yang Ida buat untuk arwah setiap pagi. sebab tu lah Ida macam tak sanggup nak berdepan dengan aku. 

hmm, terkenang pulak last day aku delivered kan makanan daripada Ida kepada arwah. tu lah kali terakhir aku jumpa dan tengok arwah. sehari sebelum kejadian, aku pinjam motor Caex, sebab nak balik JB. tak sangka pulak, dugaan yang aku lalui malam aku nak balik JB tu lah petanda seolah-olah aku 'tak dibenarkan pulang' ke rumah! rupanya, benda ni yang akan berlaku. sedih sangat bila dengar cerita yang Caex berulang-ulang kali tanya pasal arwah. kami terpaksa merahsiakan keadaan sebenar kepada Caex demi kesihatan beliau. doktor kata dia tak boleh terima kejutan. aku harap, bila Caex dah sihat nanti, dia boleh terima permergian kawan baiknya. petang tadi, waktu kelas Mechanism, terbayang-bayang wajah arwah yang selalu duduk belakang aku. 

tanpa sedar, air mata aku mengalir. dan, sedih sangat-sangat bila tengok Aiman (classmate aku, yang selalu duduk sebelah arwah masa kelas Mechanism) nangis sama. urm, banyak perkara terjadi sebelum kejadian ni, seolah-olah arwah tau yang dia dah nak pergi. apa-apa pun, ramai sayangkan arwah. sebagai kawan, aku pun sayangkan arwah. moga rohnya diberkati dan dicucuri rahmat. moga dosanya juga diampuni. dan aku harap, keluarga, kawan-kawan dan Ida sendiri tabah dan kuat hadapi semua ni. ada hikmah semua ni berlaku. Allah lebih sayangkan dia. sama-sama kita doa untuk arwah.



:: arwah meninggal di Hospital Kuala Kangsar, dan Caex (baru sedar daripada koma) pula masih dalam rawatan di Hospital Ipoh dan akan dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya. diorg excident dekat km 233 selekoh Jalan Bukit Gantang lebuhraya utara-selatan dalam perjalanan ke Kuala Kangsar lebih kurang pukul 3 pagi hari Jumaat malam Sabtu. Arwah sah meninggal pada 30 April lebih  kurang pukul 7 pagi.



terima kasih sudi baca :)

4 comments:

  1. smoge arwah dicucuri rahmat. dan ditempatkan dengan orang yg soleh. seriusly, even akuh tk knl, air mate akuh jatuh. sedih akuh bce.

    ReplyDelete
  2. alfatihah.. moga berada dalam golongan orang yg soleh..^_^

    ReplyDelete
  3. erin...
    si delivery gurl...
    saya, rindukan arwah T_T

    ReplyDelete

terima kasih sudi komen :)